No. Pendaftaran Masjid: JAPK/DWH/M/MJG/48 Email : masjidhajiisa@gmail.com dan masjidlekir@yahoo.com Blog : masjidlekir.blogspot.com
Khamis, 2 Jun 2011
Sabtu, 3 April 2010
Cuba Hayati Bingkisan ini...
Anak Anugerah Ilahi Perlu dijaga bukan disakiti..........
Alhamdulillah... segala pujian milik Allah kerna menjadikan kita hidup atas muka bumi ..kita adalah khalifah yang perlu mengimarahkan dunia ini dengan sebaiknya..Kembalilah kita kepada jalan Allah yang makin kurang orang melaluinya.. makin hari makin kurang orang melalui jalan ini ...akhirnya agama kita laksana dagang seperti dulu kalanya.... Semoga kita insafi diri atau sedar diri...juga harapan kita dapat tergolong dalam kalangan soleh mukmin amin.
Jumaat, 22 Januari 2010
Isnin, 16 November 2009
Ibadah Qorban ( Zulhijjah )
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
§ Islam
§ Merdeka (Bukan hamba)
§ Baligh lagi berakal
§ Mampu untuk berqurban
Sunat bagi pengQorban tersebut agar jangan mencukur bulu yang ada pada badannya sehinggalah selesai mencurahkan darah binatang qorban tersebut.
PERLAKSANAAN QURBAN

Khamis, 12 November 2009
Sejarah lafaz “سمع الله لمن حمده” semasa i'tidal
Soalan:
Mengapa lafaz “سمع الله لمن حمده” disebut semasa i'tidal?Jawapan: Setengah daripada sunat hai’ah di dalam sembahyang berlafaz seseorang itu “سمع الله لمن حمده” semasa ia bangun daripada rukuk. Diriwayatkan daripada Abi Hurairah R. A.:
“كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة يكبر حين يقوم ثم يقول سمع الله لمن حمده حين يرفع صلبه من الركعة ثم يقول وهو قائم ربنا ولك الحمد ... حديث متفق عليه”.
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah S. A. W. mengucap “سمع الله لمن حمده” ketika bangun dari rukuk.
Rahsianya yang Rasulullah S. A. W. berbuat demikian padahal terdahulu baginda bertakbir Allahu Akbar ketika hendak rukuk dan bertakbir ketika bangun dari rukuk ialah kerana bahawasanya Saiyidina Abu Bakar As-siddiq R. A. tiada pernah luput berjemaah dengan Rasulullah S. A. W pada suatu hari ia datang pada waktu Asar dan disangkanya ia telah luput berjemaah dengan Rasulullah S. A. W maka ia berdukacita dan bergopoh-gapah masuk ke dalam masjid (ketika itu belum ada larangan bergopoh-gapah untuk bersembahyang) dan mendapati Rasulullah S. A. W bertakbir untuk rukuk maka berkata ia (Saiyidina Abu Bakar): Alhamdulillah dan bertakbir di belakang Rasulullah S. A. W maka turun Jibrail ketika Rasulullah S. A. W di dalam rukuk dan berkata: “يا محمد سمع الله لمن حمده” yang bermakna Allah mendengar dan menerima pujiannya. Maka berkata olehmu “سمع الله لمن حمده” maka Rasulullah S. A. W menyebutnya ketika bangun dari rukuk dan maka dengan itu jadilah ia sunat dari sejak itu dengan keberkatan Saiyidina Abi Bakar As-siddiq R. A.

Sabtu, 24 Oktober 2009
HUKUM SOLAT JAMA' DAN QASAR
MASALAH : JIKA SESUDAH SOLAT ZOHOR DAN ASAR DALAM WAKTU ZOHOR SECARA JAMA' DAN QASAR, KEMUDIAN TERUS KAN PERJALANAN HINGGA SAMPAI KE RUMAH KITA SEDANGKAN WAKTU ZOHOR BELUM BERAKHIR LAGI..SETELAH ITU MASUK WAKTU ASAR. SOALAN:ADAKAH KITA PERLU MENGULANGI SOLAT ASAR SEMULA??
Isnin, 12 Oktober 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
-
5 KELEBIHAN SURAH AL MULK DAN KENAPA KITA MEMBACANYA SEBELUM TIDUR Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faeda...