Masjid Haji 'Isa, (Masjid al-Rahmaniah) Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak.

No. Pendaftaran Masjid: JAPK/DWH/M/MJG/48 Email : masjidhajiisa@gmail.com dan masjidlekir@yahoo.com Blog : masjidlekir.blogspot.com

Pegawai Masjid



SENARAI NAMA PEGAWAI
MASJID HAJI 'ISA 
SESI 2016-2018M

Bil
NAMA
JAWATAN
1
Tn. Hj. Ahmad Junaidi B. Mohd Said
Ketua Imam
2
Ust. Muhammad Hanif B. Jamin
Imam
3
Ust. Saifulnizam B. Md. Zaki
Imam
4
Tn. Hj. Azzahari B. Musa
Imam Rawatib
5
Tn. Hj. Baharom B. Md. Diah
Imam Rawatib/Bilal
6
Tn. Hj. Ramli B. Kasim
Imam Rawatib
7
Tn. Hj. Abd. Rahim B. Shafei
Bilal
8
En. Mohamad Basir B. Hussain
Pembantu Bilal
9
En. Abd. Aziz B. Mat Yacob
Pembantu Bilal/Siak
10
En. Zuhdi B. Abd. Majid
Siak
12
EN. Zainal Abidin B. Ismail
Siak
13
Tn. Hj. Rosli B. Md. Ganti
Juruteknik


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA 
PEGAWAI MASJID HAJI 'ISA


Pengerusi        :            Tn. Hj. Ahmad Junaidi bin Mohamad Said.
Naib Pengerusi:          En.  Ust Mohd Hanif B Jamin.
Setiausaha       :           En Ust. Saiful Nizam B Mohd Zaki.


AJK:-
1. Hj Baharom B Mat Diah.
2. Hj Yaakub B  Seman
3. Tn. Hj. Ramli Bin Kasim
4. Tn. Hj. Abd. Rahim Bin Shafei
5. En. Abd. Aziz Bin Mat Yaacob.
6. En Mohamad Basir B Hussein.
7. En Zuhdi b Abul Majid
8. En Zainal Abidin b Ismail


Aktiviti yang telah dijalankan:-



IMAM MASJID


1.      Imam menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid;
2.      Imam mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang meninggal dunia di kariah masjid sehingga sempurna dikebumikan;
3.      Imam membaca khutbah Jumaat, khutbah gerhana dan khutbah Hari Raya;
4.      Imam mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;
5.      Imam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid sedaya upayanya;
6.      Imam mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam dalam kalangan anak-anak kariah masjid;
7.      Imam bertadarus membaca Al-Quran di masjid;
8.      Imam mengajar perkara-perkara Fardhu’ Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang ditetapkan;
9.      Imam memimpin Tahlil Arwah dan Doa Selamat, Marhaban dan Berzanji apabila diminta berbuat demikian;
10.   Imam membacakan Yasin kepada orang sakit apabila diminta berbuat demikian;
11.   Imam membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas Imam;
12.   Imam menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid (jika diminta hadir ke mesyuarat tersebut); dan
13.   Imam menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh JAIPK/MAIPK.


BILAL MASJID


1.      Bilal menjaga waktu solat fardhu dengan laungan azan tepat pada masanya;
2.      Bilal melaungkan azan serta Iqamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam;
3.      Bilal  membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan memperdengarkan (memasang alunan) Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;
4.      Bilal membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada solat Jumaat dan Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;
5.      Bilal menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam;
6.      Bilal berselawat solat Tarawikh;
7.      Bilal bertadarus membaca Al-Quran di masjid;
8.      Bilal memandikan jenazah orang Islam apabila diminta berbuat demikian;
9.      Bilal membantu Imam dalam melaksanakan tugasnya;
10.   Bilal menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu jika diminta hadir ke mesyuarat tersebut); dan
11.   Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Imam masjid dan JAIPK/MAIPK.


SIAK MASJID.



1.      Siak memainkan peranan penting untuk memastikan keselesaan jemaah dan menentukan bahawa kemudahan-kemudahan disediakan dengan baik untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan masjid .
2.      Siak menyelenggarakan suis elektrik dan air di masjid secara berhemah dan berjimat cermat.
3.      Siak mengambil endah semua aspek – aspek penyelenggaraan ( kawasan dalaman masjid dan luaran masjid). 
4.      Siak membuka pintu masjid dan menguncinya setiap hari agar terpelihara kemuliaannya.
5.      Masjid akan sentiasa bersih, kemas, selamat dan semua kemudahan berfungsi dengan baik. 
6.      Siak  mengambil berat tentang kesucian masjid dengan membersihkan semua najis yang menghalang jemaah beribadah di masjid. 
7.      Siak bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid untuk memberi layanan istimewa kepada jemaah dan pengunjung masjid, terutama sekali anak-anak kecil, para remaja dan golongan bukan Muslim.  
8.      Untuk anak-anak kecil, para Siak supaya melayani mereka dengan penuh kasih sayang – walaupun mereka nakal atau menangis di masjid.  
1.      Untuk remaja, marilah kita melayani mereka dengan penuh ihsan – janganlah kita marahi atau mengherdek mereka walaupun mereka tidak berlaku atau berpakaian sopan di masjid.  Nasihatilah mereka dengan penuh hikmah supaya mereka tidak mesra dan mendekati masjid.  
2.      Untuk pengunjung yang bukan Islam, terimalah mereka dengan hati dan tangan terbuka.  Lihatlah kunjungan mereka sebagai peluang keemasan untuk memahamkan mereka tentang masjid, agama Islam dan umat Islam.
3.      Siak seharusnya berkhidmat secara cekap, cepat dan ceria.
4.      Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Imam masjid dan JAIPK/MAIPK.
         

                       HJ AHMAD JUNAIDI B MOHAMAD SAID (0143695995 )
       HRK – HJ RAMLI B KASIM                       ( 0124094330 )
                      UST MOHD HANIF B JAMIN                      ( 01132357454 )     
       HJ ABDUL RAHIM B SYAFFIE                 ( 0195595348 )
                      UST. SAIFULNIZAM B MOHD ZAKI           ( 0165987644 )
       EN MOHAMAD BASIR B HUSSEIN         ( 0194980820 )
                      HJ BAHAROM B MAT DIAH                        ( 0174043502 )
       EN ABD AZIZ B MAT YACOB                  ( 0175370980 )
                      HJ AZZAHARI B  MUSA                               ( 0125550395 )
       EN RIDZUAN B ARIFIN                              (0142466972)



TUGASAN PEGAWAI MASJID











Ditulis oleh Zul Azri  TAJUK : CIRI-CIRI IMAM DAN PEGAWAI MASJID   
Isnin, 16 Mac 2009 08:13
Kedudukan Imam bererti kedudukan umat yang agong. Tanggungjawab yang diamanahkan Allah SWT kepada mereka merangkumi tugas-tugas khalifah di zaman Rasulullah SAW, ulama', raja, penghulu, pendidik dan bapa.
Keistimewaan mereka lebih ketara lagi kerana tugas mereka secara langsung dikaitkan dengan usaha menghidupkan (al-haya') dan memakmurkan masjid-masjid (baitullah) yang merupakan bangunan suci yang menjadi markas pergerakan dakwah Islam serta pusat pembangunan umat seluruhnya. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 18 kira-kira bermaksud: Sesungguhnya yang akan mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut kecuali kepada Allah, mudah-mudahan mereka dari golongan yang mendapat petunjuk Allah.
Risalah al-Islam yang didakwahkan oleh Rasulullah SAW adalah berlandaskan kepada ajaran wahyu dan sunnah nabinya. Tujuannya untuk menyelamatkan penganut-penganutnya dari segi agama, roh, maruah diri dan lainnya. Bagi mencapai matlamat ini, manusia memerlukan pimpinan agama di samping memerlukan tunjuk ajar atau bimbingan dari ketua yang beriman terutama dalam melakukan amal ibadat secara langsung kepada Allah atau dalam menjalani khidmat bakti terhadap masyarakat. Ini bermakna, peranan ketua di dalam menentukan sebahagian hidup kumpulan yang dipimpin adalah tersangat penting. Mereka dianggap sebagai rujukan kepada umum bagi kesejahteraan hidup di dunia serta akhirat.
Bagi menjayakan amanah yang ditaklifkan oleh agama, kualiti dan keupayaan imam seharusnya jelas meyakinkan dan tidak dipertikaikan baik dari segi fizikal atau rohani. Imam adalah imam dalam semua hal yang bercorak amal soleh. Tanggungjawab mereka merangkumi dua sudut besar:
*      Di dalam masjid (dan sekelilingnya).
*      Di luar masjid (dalam masyarakat umum)
Tugas di dalam masjid merangkumi:
1.    Menjadi imam pada setiap waktu solat.
2.    Menyampaikan khutbah dalam solat Jumaat dan sunat dua hari raya.
3.    Menjadi ketua kepada pegawai-pegawai syarak yang lain.
4.    Bertanggungjawab dengan perjalanan kelas takmir bersama-sama pegawai syarak yang lain.
5.    Menjadi guru agama atau pendakwah.
6.    Mengawas kebersihan di dalam dan sekitar masjid.

Peranan di luar masjid merangkumi:
1.    Menjadi guru bertauliah.
2.    Mengurus jenazah.
3.    Membangunkan masyarakat bersama-sama dengan pihak-pihak lain.
4.    Melaksanakan kehendak amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Dari senarai tugas di atas difahamkan bahawabahawa fungsi imam sangat luas, bukan sahaja dalam urusan keagamaan, bahkan juga dalam urusan-urusan pembangunan yang kesemuanya bertujuan meluhurkan prestasi kehidupan ummah.
Tanggungjawab seorang imam yang baik, tidak akan berjalan dengan kemas sekiranya tidak melengkapi diri dengan sahsiah atau keperibadian yang unggul selaku seorang pemimpin yang akan mendukung kehendak syariah Islamiah. Di antara sifat-sifat utama yang harus dihayati para imam yang bertindak sebagai ketua umat Islam, meliputi sifat-sifat yang diamalkan oleh para rasul iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah, di samping sifat-sifat mahmudah seperti berhemah tinggi, menunaikan janji dan mudah bersimpati dengan penderitaan orang lain.
Apabila sifat-sifat mulia ini telah diamalkan, akan lahirlah satu keperibadian yang baik kepada para imam untuk membina disiplin atau etika yang murni dalam menjalankan amanah setiap hari. Di antara etika yang dimaksudkan itu termasuklah:
1.    Berkhidmat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana balasan hakiki hanya di sisi Allah sahaja.
2.    Mampu memberi nasihat dan bersedia menerima nasihat dari pihak lain atau golongan yang dipimpinnya.
3.    Sanggup bertugas bila-bila masa dan di mana sahaja.
4.    Berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan dengan menambah ilmu pengetahuan atau kemahiran dari masa ke semasa.
5.    Berlapang dada dan tidak terlalu berprotokol.
Sekiranya mereka dapat berpegang kepada etika yang dinyatakan ini, segala pimpinan mereka akan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang erat dari kalangan makmum yang dipimpin. Maju atau mundur masyarakat bergantung kepada pimpinan ketua yang diibaratkan sebagai arkitek atau pemangkin satu-satu keadaan. Ketua pemerintah menjalankan tugas dengan adil dan bijaksana. Penyelewengan pemimpin membawa bencana kepada makmum yang dipimpin. Ketua yang memimpin mengikut ajaran Allah dan Rasul wajib ditaati dan diberi sokongan sepenuhnya.