Masjid Haji 'Isa, (Masjid al-Rahmaniah) Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak.

No. Pendaftaran Masjid: JAPK/DWH/M/MJG/48 Email : masjidhajiisa@gmail.com dan masjidlekir@yahoo.com Blog : masjidlekir.blogspot.com

Sejarah Pembinaan Masjid


JAWATANKUASA PEMBINAAN 
MASJID BARU BATU 8 LEKIR 
MASJID HAJI 'ISA (AL-RAHMANIAH)






KERTAS KERJA
PEMBINAAN MASJID BARU


MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR
32020 SITIAWAN PERAK
NO PENDAFTARAN : JAPK/DWH/M/MJG/14
14Jun 2015M Bersamaan 27 Sya’ban 1436H




KERTAS KERJA PEMBINAAN MASJID BARU
MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR
32020 SITIAWAN PERAK
NO PENDAFTARAN : JAPK/DWH/M/MJG/14


Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir  SitiawanPerak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir Negeri Perak Darul Ridzuan. Masjid ini  menjadi tempat wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Dengan komposisi 99.99% penduduk muslim, dan menyedari betapa penting peranan sebuah masjid baru dalam sebuah komuniti muslim berkonsep moden.


2.0      LATAR BELAKANG MASJID

Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir telah dibina seawal tertubuhnya kampung Lekir sekitar tahun 1798 Masihi di tepi muara  Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir. Namun Masjid tersebut telah musnah ketika banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi.
2.1       Maka terbinalah Masjid Al-Rahmaniah yang baru yang telah dirasmikan oleh Almarhum Duli yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Alang Iskandar Shah (Sultan Perak Ke-30). Beliau telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi.
2.2       Masjid ini hingga kini, berperanan besar dalam urusan dakwah sekitar Lekir yang dikenali sebagai Masjid tertua di Mukim Lekir.Penambahbaikan berlaku dengan menukarkan binaan dinding papan kepada dinding batu dan menambah sebuah menara mercu tanda masjid berjaya didirikan pada tahun 1957 Masihi. Masjid ini, kini sudah mencecah usia 90 tahun. Lokasi asal Tapak Masjid berada atas Lot 5576 adalah hanya seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar.
2.3       Kawasan masjid yang terhad menyebabkan AJK Masjid memohon tapak masjid kali pertama ( 1 ) yang bersebelahan yang merupakan rizeb laluan sungai telah diluluskan pada tahun 1990-an. Jumlah tambahan kawasan masjid adalah seluas 0.1337 Ha atau 0.3304 ekar.
2.4       Pembesaran tapak tanah masjid kali kedua ( 2 ) telah diluluskan pada awal tahun 2014.Jumlah tambahan kawasan masjid kali ini adalah seluas 0.5928Ha atau 1.4646 ekar.
2.5       Pada 5 November 2014, Masjid juga memperolehi   ½  tanah di Lot 5571, ( bersebelahan kawasan masjid ) apabila seorang individu telah membeli tanah dengan nilai RM250,000.00 seterusnya diwakafkan untuk tapak masjid baru.Beliau yang dimaksudkan Tn Haji Isa b Ahmad.Tanah tersebut adalah seluas 0.3968 Ha atau 0.9868 ekar.
2.6       Masjid berusaha meluaskan kawasan  masjid dengan membeli Lot 2361 seluas  0 a 3 r 31.1 p bersamaan dengan 0.3821 Ha atau  0.944375 ekar.

Tapak Masjid dapat diperluaskan sehingga 1.6654 Ha atau 4.1215 ekar.Ini bertujuan agar kemudahan, keselesaan dan keselamatan jemaah dapat ditingkatkan seterusnya merancakkan urusan dakwah di kawasan ini. Tindakan seterusnya adalah mengumpulkan semua bidang tanah ke satu geran sahaja di atas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak ( MAIPK ) di bawah kelolaan Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir 32020 Sitiawan Perak..

Jumlah keseluruhan tapak masjid adalah seluas  1.6654 Ha atau 4.1215 ekar.

3.0      PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BARU

Satu mesyuarat khas telah dijalankan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Rahmaniah  pada 22 November 2014 bagi persetujuan memulakan usaha pembinaan Masjid baru Lekir serta menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid baru.

Penubuhan dan Pelantikan Jawatankuasa Pembinaan Masjid baru, adalah seperti berikut :
Penasihat 1     : En. Hashim b Yeop Nordin                          -           0135014377
Penasihat 2     : Tn. Hj Mohd Isa b Ahmad                           -           0125883877
Pengerusi        : En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa                   -           0195779955
Setiasaha        : Tn Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said -            01132952548
Bendahari       : En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa                   -           0195779955
AJK                  : Tn Hj Abdul Aziz b Awang                           -           0135958310
                        Tn Hj Zakaria b Hj Mohd Sharif                     -           0175279407
                        Tn Hj Ghazali b Hj Abdul Aziz                       -           0124664786
                        Tn Hj Kadri b Mohd Wahi                              -           0195087103
                        Tn Hj Yahya b Mohd Nor                               -           0195752356



4.0      OBJEKTIF DAN RASIONAL PEMBINAAN 
            MASJID BARU AL-RAHMANIAH

4.1       Keperluan membina masjid baru , antara sebabnya  ialah :

1.     Faktor kewangan – memperolehi sumbangan membina Masjid baru sebanyak RM 4 Juta ringgit( RM 4,000,000.00 ).

2.     Faktor lokasi berhampiran rizab jalan raya utama – Jarak rizeb jalan raya utama dan binaan  Masjidsedia ada adalah terlalu dekat iaitu 10 kaki. Jika Pihak masjid menunggu saat pembesaran jalan atau projek kerajaan , maka ambilan tanah tersebut memberi kesulitan pada pihak masjid dan ahli kariah.

3.     Faktor keselamatan Ahli kariah– Jalan  keluar masuk masjid terlalu sempit dan curam yang mungkin mengakibatkan kemalangan.

4.     Faktor keadaan Masjid sediaada– Pendawaian masjid dan binaan asas serta tandas yang uzur menyebabkan kemudahan asas terjejas.

5.     Faktor pertambahan penduduk – Pertambahan penduduk mukim Lekir dan kedudukan masjid yang berada di tepi jalan utama sebagai tempat persinggahan musafir.

6.     Faktor  keluasan kawasan masjid– keluasan telah bertambah kepada seluas  1.6654 Ha atau 4.1215 ekar.

5.0      PERANCANGAN LOKASI TAPAK MASJID BARU

Merujuk kepada keluasan kawasan masjid dari  keluasan0.1600 Ha atau 0.3954 ekarkepada 1.6654 Ha atau 4.1215 ekar.Maka,ada kewajaran dan keperluan yang agar Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir sebagai tempat utama sekitar Lekir, kami mencadangkan agar perlu berlaku perubahan tempat binaan secara menyeluruh. Oleh itu, lokasi baru yang dicadangkan tapak binaan masjid baru adalah di atas penjuru tanah Lot 5541.

Tempat ini dipilih sebagai tempat bangunan masjid baru adalah bagi memaksimumkan pengunaan seluruh tapak masjid.

6.0      KONSEP MASJID BARU
Seni reka bentuk masjid baru berkonsepkan moden.

7.0      PERANCANGAN KEMUDAHAN MASJID

Berikut adalah cadangan prasarana di atas tapak masjid :
1.     Dewan Utama solat jamaah yang selesa berkapasiti 400 orang dan kawasan varendah  di bahagian kiri, kanan  dan belakang masjid seramai 200 orang,  lengkap dengan kemudahanpembesar suara luar dan dalam untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.
2.     Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan LCD dan kemudahan berkaitan.
3.     Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan masjid.
4.     berkonsep mesra IT ( Zon Wifi ) selaras dengan saranan kerajaan.
5.     Bilik Imam dan Bilal.
6.     Ruang mengambil wudhu’, tandas dan bilik mandi untuk lelaki dan wanita.
7.     Keperluan OKU seperti tandas , tempat letak kereta dan kerusi roda.
8.  Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam dibahagian belakang dewan solat.
9.    Dewan serba guna untuk kegunaan kariah seperti tempat sukan, ceramah umum, kenduri perkahwinan dan lain-lain.
10.  Ruang simpanan barang dan stor keperluan Ibadah korban dan pengurusan siak .
11.  Dewan makan dan ruangan memasak di bangunan berasingan dari bangunan utama masjid.
12.  Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan jemaah.
13.  Kawasan letak kenderaanpegawai masjid bertugas  dan kereta jenazah.
14.  Bilik pengurusan Jenazah
15.  Ruang Penyembelihan ibadah korban.
16.  Ruangan sudut akad nikah perkahwinan  dan sudut mainan kanak-kanak.
17.  Ruangan iklan berpusat, galeri Masjid dan ruang rehat.
18.  Gerai jualan Koperasi Masjid.
19.  Taman permainan Kanak-kanak luar masjid
20.  dan Pondok Wakaf

8.0      ANGGARAN DAN SUMBER KOS PEMBINAAN MASJID BARU

Anggaran pembinaan masjid baru adalah RM4,000,000.00 ( RM 4 Juta ) dibiayai oleh seorang individu.Beliau yang dimaksudkan Tn Haji Isa b Ahmad. Jumlah tersebut akan dimasukkan dalam akaun Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir Sitawan Perak Darul Ridzuan. (Bank Maybank  558163508088)

9.0      PENUTUP

9.1 Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamatutama pembinaan ini adalah bertujuan melengkapkan prasarana dan keperluan ahli kariahdi samping menjadi titik tuju dan juga nadikehidupan harian masyarakat Islam di sini.
9.2 Dengan terbinanya masjid baru ini, adalah menjadi harapan penduduk-penduduk Islam disetempat, agar kegiatan keagamaan lebih rancak dan proses pengimarahan giat berlaku termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsidengan teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat,

Disediakan oleh :                                                                  

....................................................
(Hj Ahmad Junaidi B Hj Mohamad Said )
No K.P : 751130-08-5995
Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan  Masjid Baru,
Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir,
32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan.







MESYUARAT PERTAMA PEMBINAAAN MASJID BARU

MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK.

HARI               :           AHAD
TARIKH         :           11/1/2015
MASA             :           9.00 AM – 11.30 AM
TEMPAT        :           RUMAH PENGERUSI PEMBINAAN MASJID BARU.
KEHADIRAN :
           
            Nama                                                              Jawatan                                             
1.     Tn. Hj Mohd Isa b Ahmad                                    -           Penasihat 2
2.     En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa                           -           Pengerusi/Bendahari
3.     Tn Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said         -           Setiasaha                    
4.     Tn Hj Abdul Aziz b Awang                                  -           AJK    
5.     Tn Hj Zakaria b Hj Mohd Sharif                          -           AJK
6.     Tn Hj Ghazali b Hj Abdul Aziz                           -           AJK
7.     Tn Hj Kadri b Mohd Wahi                                   -           AJK
8.     Tn Hj Yahya b Mohd Nor                                    -           AJK

AGENDA MESYUARAT
1.0  UCAPAN PENGERUSI (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa).
1.1  Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir Sitiawan Perak yang dilantik dalam Mesyuarat Khas Kariah pada 22 November 2014.
1.2  Perjempaan ini merupakan perjumpaan Mesyuarat Pertama untuk membina masjid baru.
1.3  Semoga mesyuarat berjalan dengan lancar.

2.0  PENERANGAN CADANGAN PEMBINAAN
2.1  (Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)
Tapak masjid baru melibatkan lot 5576, Lot 5571, lot 2361 dan lot 5748 (Pajakan Tanah Kerajaan Perak). Jumlah keluasan adalah seperti berikut :
2.1.1       Lot 5576 – tapak asal masjid lama seluas 0.3954 Ek.
2.1.2       Lot 5748 – cadangan tandas tanah seluas 0.3304 Ek +0.1907 Ek +0.53 Ek+0.7446 Ek.
2.1.3       Lot 5571 – cadangan tapak Dewan Serbaguna seluas  0.9868 Ek.
2.1.4       Lot 2361 – cadangan tapak masjid baru seluas 0.945 Ek.
Jumlah keseluruhan 4.1229Ek.
2.2  Hak Milik Tanah :
2.2.1       Lot 5576 dikekalkan binaannya untuk dijadikan sebagai Masjid Warisan.
2.2.2       Lot 5748  telah diwartakan sebagai Tapak MAIPK (dalam proses) .
2.2.3       Lot 5571 telah selesai proses pembelian dan wakaf MAIPK.
2.2.4       Lot 2361 dalam proses pembelian dan wakaf MAIPK.
2.3  KERJA PEMBINAAN MASJID.( En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
2.3.1       Pembinaan masjid adalah dilakukan oleh individu bukan jabatan kerajaan, walaubagaimanapun segala urusan akan menerima nasihat jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat.
2.3.2       Jawatankuasa bersetuju melantik kontraktor pembinaan kepada MIABAKTI(M) Sdn Bhd dan lukis pelan Dr. R.A Malek Architect. 
2.3.3       Jangkaan mula proses pembinaan pada September 2015 dan dijangka siap pada Januari 2017.

3.0  KEWANGAN
3.1  Akaun bank Khas Masjid telah ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan masjid baru adalah seperti berikut:
3.1.1       Nama akaun    : Masjid Baru Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir
3.1.2       Nama Bank     : Malayan Banking Berhad
3.1.3       No akaun         :558163508088.

4.0  PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
4.1  Proses tukar milik tanah kepada MAIPK sedang berjalan, cuba dipercepatkan.
4.2  RM4 Juta telah dimasukkan oleh Tn Haji Isa b Ahmad pada 10 Jan 2015.
4.3  Permohonan kepada Jabatan Mufti MAIPK untuk pembinaan masjid baru.
4.4  Permohonan kepada Jabatan Mufti MAIPK untuk penetapan arah kiblat.

5.0  HAL-HAL LAIN.
5.1  Kutipan derma dibuka pada orang ramai dan tabung khas untuk pembinaan masjid baru.

Mesyuarat Ditangguhkan Jam 11.30 Pagi.

Dicatat Dan Disediakan Oleh,                                                Disahkan Oleh,



(Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)                  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
Setiausaha                                                                   Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,                     Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,
Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir                          Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir
32020 Sitiawan Perak.                                                32020 Sitiawan Perak.







MESYUARAT KEDUA PEMBINAAAN MASJID BARU
MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK.

HARI               :           AHAD
TARIKH         :           05/09/2015
MASA             :           9.00 AM – 11.30 AM
TEMPAT        :           RUMAH PENGERUSI PEMBINAAN MASJID BARU.
KEHADIRAN :
           
            Nama                                                              Jawatan                                             
1.     Tn. Hj Mohd Isa b Ahmad                                    -           Penasihat 2
2.     En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa                           -           Pengerusi/Bendahari
3.     Tn Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said         -           Setiasaha                    
4.     Tn Hj Abdul Aziz b Awang                                  -           AJK    
5.     Tn Hj Zakaria b Hj Mohd Sharif                          -           AJK
6.     Tn Hj Kadri b Mohd Wahi                                   -           AJK
7.     Tn Hj Yahya b Mohd Nor                                    -           AJK


AGENDA MESYUARAT
1.0  UCAPAN PENGERUSI (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa).
1.1  Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir Sitiawan Perak yang dapat hadir pada Mesyuarat Kedua ini.
1.2  Semoga mesyuarat berjalan dengan lancar.

2.0  PENERANGAN PEMBINAAN MASJID
2.1  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
2.1.1       Lokasi pembinaan telah di kenalpasti, iaitu binaan masjid di lot 2361, binaan dewan serbaguna di lot 5571, binaan tandas dan bilik pengurusan jenazah di lot 5748 dan binaan masjid lama kekal di lot 5576.
2.1.2       Reka bentuk semua banggunan telah melalui proses yang telah ditetapkan dan mendapat persetujuan semua pihak untuk dijalankan. Masjid dibina  dua tingkat (Ruang utama solat – tingkat atas, manakala ruang solat tambahan – tingkat bawah).
2.1.3       Reka bentuk Moden dan serba lengkap (rujuk pelan).
2.1.4       Ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju melantik konsultant untuk menjalankan tugasan tersebut.
2.1.5       Laporan terkini pembinaan yang dibina berada di tahap 35%.
2.1.6       Baki kewangan akaun sebanyak RM2.5 Juta.

2.2  (Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)
Status Milik Tanah :
2.2.1       Lot 5576 dikekalkan binaannya untuk dijadikan sebagai Masjid Warisan.
2.2.2       Lot 5748 telah diwartakan sebagai Tapak MAIPK (dalam proses) .
2.2.3       Lot 5571 telah selesai proses pembelian dan wakaf MAIPK.
2.2.4       Lot 2361 telah selesai pembelian dan wakaf MAIPK.


3.0  PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
3.1  Permohonan kepada Jabatan Mufti MAIPK untuk pembinaan masjid baru telah diluluskan pada 31 Mac 2015 merujuk surat Bil( )dlm.JAIPK/BPM/10/1Jld4.
3.2  Permohonan kepada Jabatan Mufti MAIPK untuk penetapan arah kiblat telah  diluluskan pada surat bertarikh 14 Julai 2015 dan penetapan arah kiblat pada 10 Jun 2015.
3.3  Jemputan Majlis Pecah Tanah Masjid Baru kepada Adun Pasir Panjang YB  Ahmad Rosidi b Ibrahim.

4.0  HAL-HAL LAIN.
4.1  Kutipan derma dibuka pada orang ramai dan tabung khas untuk pembinaan masjid baru berjalan lancar.
4.2  Kerja pembinaan berjalan lancar dan dijangka siap Nov 2016.


Mesyuarat Ditangguhkan Jam 11.30 Pagi.



Dicatat Dan Disediakan Oleh,                                                Disahkan Oleh,



(Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)                  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
Setiausaha                                                                   Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,                     Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,
Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir                          Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir

32020 Sitiawan Perak.                                                32020 Sitiawan Perak.


MESYUARAT KETIGA PEMBINAAAN MASJID BARU
MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK.

HARI               :           AHAD
TARIKH         :           05/06/2016
MASA             :           9.00 AM – 11.30 AM
TEMPAT        :           RUMAH PENGERUSI PEMBINAAN MASJID BARU.
KEHADIRAN :
           
            Nama                                                              Jawatan                                             
1.     Tn. Hj Mohd Isa b Ahmad                                    -           Penasihat 2
2.     En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa                           -           Pengerusi/Bendahari
3.     Tn Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said         -           Setiasaha                    
4.     Tn Hj Abdul Aziz b Awang                                  -           AJK    
5.     Tn Hj Zakaria b Hj Mohd Sharif                          -           AJK
6.     Tn Hj Kadri b Mohd Wahi                                   -           AJK

AGENDA MESYUARAT

1.0  UCAPAN PENGERUSI (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa).
1.1  Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir Sitiawan Perak yang dapat hadir pada Mesyuarat Kedua ini.
1.2  Semoga mesyuarat berjalan dengan lancar.

2.0  PENERANGAN PERJALANAN PEMBINAAN
2.1  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
2.1.1       Laporan terkini pembinaan yang dibina berada di tahap 70% siap.
2.1.2       Perjalanan pembinaan berjalan lancar. Kewangan baki rm 1 juta
2.1.3       Pemasangan label dan iklan seluruh masjid akan mula berjalan setelah pemasangan atap dan cermin pada banggunan.
2.1.4       Jangkaan siap pada Nov 2016.

2.2  (Hj Abd Aziz b Awang)
Kedudukan Masjid Al-Rahmaniah (lama) :
2.2.1       Masjid Al-Rahmaniah (lama) akan dibincang bersama Pejabat Agama Islam Daerah Manjung dan wakil Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
2.2.2       Masjid tidak diruntuhkan. Ia dikekalkan untuk tempat cadangan tempat hafal al-Quran sebagai cawangan MTQ ke-14 cawangan Kayan, Perak Darul Ridzuan.
2.2.3       Masjid lama juga dicadangkan sebagai masjid warisan.
2.2.4       Penamaan sebagai Masjid Al-Rahmaniah kekal sebagai masjid lama dan perlu ada nama masjid baru untuk masjid yang baru dibina. Namun penamaan masjid perlu perkenan Tuanku Sultan Perak.


3.0  PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
3.1  Mohon hantar dua tarikh kepada pejabat agama untuk hari pengishtiharan masjid baru.
3.2  Mohon jemputan pada hari tersebut adalah YAB Menteri Besar Perak.

4.0  HAL-HAL LAIN.
4.1  Cadangan nama baru yang dipersetujui untuk diserah untuk pilihan adalah :
4.1.1       Masjid Mohamed Isa.
4.1.2       Masjid Isa.
4.1.3       Masjid Hj Isa.
مسجد محمد عيسى –  مسجد عيسى  –  مسجد حاج عيسى

Mesyuarat Ditangguhkan Jam 11.30 Pagi.


Dicatat Dan Disediakan Oleh,                                                Disahkan Oleh,




(Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)                  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
Setiausaha                                                                   Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,                     Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,
Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir                          Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir

32020 Sitiawan Perak.                                                32020 Sitiawan Perak.




MESYUARAT KEEMPAT PEMBINAAN MASJID BARU

MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK.

HARI               :           AHAD
TARIKH         :           05/09/2015
MASA             :           9.00 AM – 11.30 AM
TEMPAT        :           RUMAH PENGERUSI PEMBINAAN MASJID BARU.
KEHADIRAN :
           
            Nama                                                              Jawatan                                             
1.     Tn. Hj Mohd Isa b Ahmad                                    -           Penasihat 2
2.     En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa                           -           Pengerusi/Bendahari
3.     Tn Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said         -           Setiasaha                    
4.     Tn Hj Abdul Aziz b Awang                                  -           AJK    
5.     Tn Hj Zakaria b Hj Mohd Sharif                          -           AJK
6.     Tn Hj Ghazali b Hj Abdul Aziz                           -           AJK
7.     Tn Hj Kadri b Mohd Wahi                                   -           AJK
8.     Tn Hj Yahya b Mohd Nor                                    -           AJK

AGENDA MESYUARAT
1.0  UCAPAN PENGERUSI (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa).
1.1  Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir Sitiawan Perak yang dapat hadir pada Mesyuarat Kedua ini.
1.2  Semoga mesyuarat berjalan dengan lancar.

2.0  PENERANGAN PERJALANAN PEMBINAAN
2.1  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
2.1.1       Masjid dua tingkat (Ruang utama solat – tingkat atas, manakala ruang parking motosikal – tingkat bawah).
2.1.2       Reka bentuk Moden dan serba lengkap (rujuk pelan).

2.2  (Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)
Status Milik Tanah :
2.2.1       Lot 5576 dikekalkan binaannya untuk dijadikan sebagai Masjid Warisan.
2.2.2       Lot 5748 telah diwartakan sebagai Tapak MAIPK (dalam proses) .
2.2.3       Lot 5571 telah selesai proses pembelian dan wakaf MAIPK.
2.2.4       Lot 2361 telah selesai pembelian dan wakaf MAIPK.


3.0  PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
3.1  Jemputan Majlis Pecah Tanah Masjid Baru kepada Adun Pasir Panjang En Ahmad Rosidi pada 14/9/2015.
3.2  Permohonan kepada Jabatan Mufti MAIPK untuk pembinaan masjid baru telah diluluskan pada .
3.3  Permohonan kepada Jabatan Mufti MAIPK untuk penetapan arah kiblat telah dilakukan pada 10/6/2016.

4.0  HAL-HAL LAIN.
4.1  Kutipan derma dibuka pada orang ramai dan tabung khas untuk pembinaan masjid baru berjalan lancar.

Mesyuarat Ditangguhkan Jam 11.30 Pagi.

Dicatat Dan Disediakan Oleh,                                                Disahkan Oleh,



(Hj Ahmad Junaidi b Hj Mohamad Said)                  (En. Mohd Yusof b Hj Mohd Isa)
Setiausaha                                                                   Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,                     Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru,
Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir                          Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir
32020 Sitiawan Perak.                                                32020 Sitiawan Perak.












Tiada ulasan: