Ramadan Karim 2014M / 1435H Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir

Selamat Menyambut Ramadan 1435H

-Solat Tarawih Jamaah 20 Rakaat oleh Imam Tahfiz
-Majlis Iftar ( Buka puasa ) 6.30 petang
-Jamuan Moreh 10.00 malam
-Tadarus Al-Quran Dewasa 10.00-11.00 malam
-Tadarus Remaja ( isnin-khamis ) 3.30 - 5.30 ptg
-Tadarus kanak-kanak 10.00-11.00 malam
-Majlis Khatam Al-Quran
-Qiamullail, Sahur dan serahan duit raya
-Talaqqi bacaan al-quran dari imam tahfiz.

SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MENDERMA UNTUK RAMADAN ...
SILA TELEFON 0195728402
Sila layari www.dakwahpdf.blogspot.com

SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1434

MAKLUMAN.
SOLAT AIDIL ADHA AKAN DIJALANKAN TEPAT JAM 8.30 PAGI 
PADA 10 ZUL HIJJAH 1434 HIJRIAH 
HARI SELASA
TARIKH 15 OKTOBER 2013

JANGAN LUPA BERPUASA PADA 9 ZULHIJJAH ( HARI ARAFAH  )

KELEBIHANNYA DIAMPUNKAN DOS SETAHUN YANG LALU DAN SETAHUN AKAN DATANG... REBUTLAH PELUANG ....

DIHARAPKAN DATANG BERAMAI-RAMAI SOLAT AIDIL AHDHA
SEKIAN TERIMA KASIH

Masjid Al-Rahmaniah Sedang Melancarkan Pembesaran Kawasan Masjid

Assalamualaikum. Masjid ini sedang melaksanakan AJK bertindak untuk membaiki :

1.pagar masjid (seluruh Masjid )dan alamat masjid di pintu utama
2.jalan keluar masuk masjid  laluan yang baru
3.laman parkir kereta  seluas 1 ekar
4.lampu jalan di tempat parkir kereta
5.tempat parkir motosikal
6.Paparan Usia Masjid mulai 1876 masihi
7.padang footsal +padang permainan kanak-kanak + ber Awning = ( minta sumbangan Wakil Rakyat )
8.tandas
9.Tempat pemprosesan Binatang Korban ( kandang sementara, tempat sembelihan )

Sekian....

Biodata Dr. Muhammad Mursi - Presiden Republik Mesir Prof. Dr. Muhammad Mursi Al-HafizPeribadiNama penuh beliau ialah Muhammad Muhammad Mursi Isa al-‘Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini juga merupakan seorang bapa yang amat menitik-beratkan pendidikan agama kepada anak-anak. Beliau, isteri dan kelima-lima cahaya matanya (Ahmad, Syaima’, Usamah, Umar dan Abdullah) menghafaz al-Quran.Akademik dan KerjayaMemulakan alam persekolahan di sekolah yang terletak di wilayah tersebut. Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Cairo, Kaherah pada tahun 1970 dalam bidang kejuruteraan. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1975 dengan mendapat kelulusan cemerlang (imtiyaz).

Risalah Doa 063 Doa wuduk

Jadual Pengajian Maghrib Masjid Al-Rahmaniah Lekir

Ahad Minggu 1 & 3 , Ilmu Usuluddin oleh Ust Hj Mohd Zaini b Naji . Ahad Minggu 2 & 4 , Ilmu Tafsir oleh Ust Hj Mohamad b Che Ghani . Isnin Minggu 1 & 3 , Ilmu Tasawwuf oleh Ust Hj Abdul Hamid b Hassan . Isnin Minggu 2, 4 & 5 , Ilmu Usuluddin dan Sirah oleh Ust Hj Fakhrurrozy b Abdul Wahab. Selasa , Ilmu Hadis dan Adab oleh Ust Ahmad Junaidi b Mohamad Said. Rabu Minggu 2 & 5, Ilmu Fekah Ibadah oleh Ust Zainal Abidin b Saad. Rabu Minggu 1 & 3, Kuliah Umum oleh Ust Sulaiman b Yop Din. Khamis , Bacaan Yasin dan Tahlil oleh Imam bertugas. Jumaat , Ilmu Tauhid oleh Ust Hj Samsul Baharin b Mokhtar . Sabtu, Bacaan Tadarus Al-Quran Dewasa ( Halaqah ) Pengajian Hujung Minggu : Bacaan Al-Quran Kanak-kanak Hari : Sabtu dan Ahad, Masa : 8.30 Pagi – 10.30 Pagi

Risalah Dakwah 056 Senarai Semak Ibadah Haji Sebagai Amalan Harian

Risalah Dakwah 046 Adab di tanah perkuburan dan larangan membuat binaan atasnya ( PAPAN IKLAN DEPAN KUBUR )


Risalah Dakwah 044 Solat Hajat Bulanan Peperiksaan Kerjaya


Risalah Doa 043 Doa Setelah Surah Yasin


Risalah Doa 042 Doa Perhimpunan Pagi Jabatan, Kementerian


Risalah Dakwah 041 Solat Fardu Menghormati Waktu Menurut 4 Mazhab


Risalah Dakwah 040 Zikir Asmaul Husna


Risalah Dakwah 039 Najis yang Di Maafkan Menurut Syara' ( Mazhab As-Syafiee )


Risalah Dakwah 038 Adab ke Masjid


Risalah Selawat 045 Selawat Maulidur Rasul ( Perarakan )


Risalah Dakwah 037 Biodata Rasulullah SAW

Risalah Dakwah 037 Biodata Rasulullah SAW

Mohon Sumbangan Untuk Wakaf Penukaran Bumbung Atap Masjid Ar-Rahmaniah Batu 8 Lekir

Masjid Ar-Rahmaniah Batu 8 Lekir akan menukarkan atap yang sedia ada kepada atap yang baru dengan penukaran kayu kepada besi dan atapnya zink untuk keseluruhan atap tersebut, ini kerana atap yang lama telah mencecah 50-60 tahun lamanya dan banyak kebocoran berlaku di beberapa tempat. Oleh itu, Masjid Ar-Rahmaniah Batu 8 Lekir memohon bantuan kewangan untuk membiayai kos pemulihan atap tersebut. Kos dianggarkan RM55,000 .. jika ingin menderma sila masukkan wang tersebut kenombor akaun masjid seperti yang tertera iaitu Akaun Bank Islam Berhad ber nombor :08059010011037... dan maklumkan jumlah wangnya kepada no tel 0195728402... En Ahmad Junaidi Said.
Sila maklumkan jumlah tersebut , kerana akaun tersebut adalah akaun wakaf Masjid yang di kelolakan oleh Cikgu Kadri Wahi... Sekian

Tarikh mula kutipan : 21 Januari 2012

Selamat bersedekah ( WAKAF )

Suara Aneh di Langit – Teori dan Pandangan

Sejak beberapa hari lepas saya ada juga membaca beberapa perkongsian di Berita online, Facebook, Twitter dan blog berkenaan bunyi aneh, pelik, ganjil dan dasyat di langit (Strange Sounds In The Sky) yang turut kedengaran di beberapa tempat dan menjadi fenomena global masa kini. Di Malaysia, suara aneh ini juga turut didengar oleh penduduk di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari 2012.
Semalam, Timbalan Menteri, Datuk Fadillah Yusuf berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mahu mengumpul rakaman audio bunyi yang berupa aneh di langit yang didengar oleh penduduk Kota Samarahan, Sarawak. Kementerian itu sedang mengumpul seberapa banyak “bukti” yang mungkin berlaku pelik supaya ia boleh mengemukakan laporannya kepada Agensi Angkasa Negara (Angkasa) untuk siasatan lanjut kerana insiden ini tidak boleh dipandang ringan.

Fenomena Ribut Solar Terbesar Mencipta Cahaya Utara yang Menakjubkan

Selain daripada suara aneh di langit yang menjadi fenomena global ketika ini, kita juga tidak harus lupa tentang fenomena Ribut Solar/Suria (Solar Storms) yang juga telah melanda bumi.
Ribut Solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan ganguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Terdapat beberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ini termasuklah, suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm) dan Pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME)
Ribut Solar 2012Suar solar (Solar flare): Ditafsirkan sebagai proses pelepasan tenaga yang besar sehingga 6×1025 joules tenaga (kira-kira 6 daripada jumlah output tenaga Matahari setiap saat). Semasa ia berlaku cahaya terang dapat diperhatikan di atas permukaan Matahari atau bahagian solar. Suar solar ini melepaskan awan elektron, ion, dan atom melalui korona ke angkasa lepas. Awan ini biasanya mencapai Bumi satu atau dua hari selepas peristiwa itu. (Istilah suar juga digunakan untuk merujuk kepada fenomena yang sama di dalam bintang-bintang yang lain)

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH! Risalah Dakwah 036 Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan


Hukum Solat Dari Wuduk Sohibul Jabirah ( Pakai Simen Akibat Patah )


Hukum Wuduk Sahibul Jabirah( Pakai Simen Akibat Patah )
Menurut pandangan Mazhab Syaf’ie yang Azhar ( Masyhur ) – Wajib Qada’ ( ganti solat ) / I’adah ( Ulangi ) solat tersebut jika:

1- Balutan di atas anggota Tayammum (muka dan tangan)
2- Balutan itu bukan pada anggota tayammum tetapi dipakaian semasa berhadas.
3- Balutan itu bukan pada anggota tayammum dan dipakaikan semasa suci dari hadas tetapi ada najis yang tidak dimaafkan dibawah balutan
4- Balutan itu pada bukan anggota tayammum dan dipakaikan dia semasa suci dan tiada najis yang tiada dimaafkan tetapi balutan itu besar atau lebih daripada kadar yang dikehendaki bagi balutan tersebut.

Tidak Wajib Qada’/I’adah jika:

1- Balutan pada bukan anggota tayammum dan dilakukan semasa suci daripada hadas serta tidak ada najis yang tidak dimaafkan dibawah balutan.
2- Balutan yang dibuat tidak melebihi kadar yang diperlukan.
( rujukan Sabilal Muhtaddin )

Menurut pandangan ke-2 iaitu Muqabil al-Azhar dalam Mazhab Syafie, pendapat mazhab al – Hanafiyah dan al- Malikiah. Sohibul Jabirah( Memakai simen ) ini hanya perlu membasuh anggota wuduknya yang sihat dan menyapu pada jabirahnya.

Adalah digalakkan untuk melakukan I’adah (ulangi) solat yang dilakukan dengan wuduk jabirah.
Mengguna pakai pandang ke-2 ( Muqabil Al- Azhar Mazhab Syafie ) – telah dipersetujui dalam Resolusi Muzakarah Haji ke -20.

Risalah Dakwah 034 Tazkirah Doa agar dimakbulkan

Risalah Doa Penting 033 Himpunan Doa Masjid


Risalah Dakwah 031 Ibadah Korban Menyuci Diri ( Taklimat Ahli Ibadah Korban )

Risalah Dakwah 030 Zulhijjah

RISALAH DOA HARIAN ...klik sini

ZIKIR DAN DOA WAKTU PAGI / PETANG

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”


 1. اَللهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْض وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ

“Allah tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah: 255).


“Barangsiapa membaca kalimat ini ketika pagi hari, maka ia dijaga dari (ganguan) jin hingga petang hari. Dan barangsiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka ia dijaga dari (ganguan) jin hingga pagi hari.” HR. Al-Hakim,

Risalah Dakwah 024 Zakat Pendapatan Gaji, Adakah ianya Wujud ??

Sila Klik...

Risalah Dakwah 023 Sambutan Aidilfitri ( senarai semak )

Sila klik...

Risalah Jumaat 021 Adab Ziarah Kubur

sila klik...

Malam Nisfu Sya'ban ( Antara Helah, Malas dan Tekun Beribadah )



Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Perbincangan Ulama' Tentang Fadhilat REJAB, SYAABAN dan RAMADHAN

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi??

1] Pandangan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:“tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

Rejab

Muqaddimah
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
اللَّهُم باَرِك لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

SELAWAT TARAWIH

sila klik..

TATACARA KETIKA DI MASJID ( AKAD NIKAH)

دعاء صلاة حاجة DOA SOLAT HAJAT


Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam.

SOALAN:

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali

Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.
Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:

1. Bagaimanakah kedudukan melukis potret dan objek bernyawa dalam hukum Islam.

2. Adakah ciri sesuatu potret yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut?

3. Apakah kedudukan membingkaikan gambar fotografi objek hidup (manusia dan haiwan contohnya), lalu digantung di dinding rumah mahupun pejabat?
Sekian.

Ratapan keampunan kepadaNYA Yang Maha Pengampun atas segala kejahilan.

Daripada: NUR HIDAYAH HAJI DAUD (Malaysia)

ZAKAT EMAS

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Ka`bah Pada 28/5 Dan 16/7 Setiap Tahun, insyaALLAH


Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah
By Shahmuzir

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah



Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Gambar Eksklusif Barangan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. ( PENTING )

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara:
 
Muzium Topkapy di Istanbul Turki, Jordania , Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah. 

======================================================================== 
Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!! 


Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali. 



MAKLUMAT PENTING NIAT HAJI DAN UMRAH ( BADAL DAN NIAT BERSYARAT )

KURSUS ASAS HAJI AKAN MEMBINCANGKAN TENTANG NIAT-NIAT YANG BERKAITAN HAJI DAN UMRAH..

BIODATA RASULULLAH SAW

Cuba Hayati Bingkisan ini...

video
Anak Anugerah Ilahi Perlu dijaga bukan disakiti..........
Alhamdulillah... segala pujian milik Allah kerna menjadikan kita hidup atas muka bumi ..kita adalah khalifah yang perlu mengimarahkan dunia ini dengan sebaiknya..Kembalilah kita kepada jalan Allah yang makin kurang orang melaluinya.. makin hari makin kurang orang melalui jalan ini ...akhirnya agama kita laksana dagang seperti dulu kalanya.... Semoga kita insafi diri atau sedar diri...juga harapan kita dapat tergolong dalam kalangan soleh mukmin amin.

RISALAH UNTUK WANITA


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

Bulan Safar

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah,

1 Muharam 1431

Tanggal 18 Dis 2009 adalah awal muharram hijri bermulanya tahun baharu bagi umat islam. Amalan yang kerap kali dianjurkan oleh agama kita seperti berpuasa padanya.

1.Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

2. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Ibadah Qorban ( Zulhijjah )


Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
§ Islam
§ Merdeka (Bukan hamba)
§ Baligh lagi berakal
§ Mampu untuk berqurban

Sunat bagi pengQorban tersebut agar jangan mencukur bulu yang ada pada badannya sehinggalah selesai mencurahkan darah binatang qorban tersebut.

PERLAKSANAAN QURBAN

Sejarah lafaz “سمع الله لمن حمده” semasa i'tidal

Soalan:
Mengapa lafaz “سمع الله لمن حمده” disebut semasa i'tidal?Jawapan: Setengah daripada sunat hai’ah di dalam sembahyang berlafaz seseorang itu “سمع الله لمن حمده” semasa ia bangun daripada rukuk. Diriwayatkan daripada Abi Hurairah R. A.:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة يكبر حين يقوم ثم يقول سمع الله لمن حمده حين يرفع صلبه من الركعة ثم يقول وهو قائم ربنا ولك الحمد ... حديث متفق عليه”.
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah S. A. W. mengucap “سمع الله لمن حمده” ketika bangun dari rukuk.
Rahsianya yang Rasulullah S. A. W. berbuat demikian padahal terdahulu baginda bertakbir Allahu Akbar ketika hendak rukuk dan bertakbir ketika bangun dari rukuk ialah kerana bahawasanya Saiyidina Abu Bakar As-siddiq R. A. tiada pernah luput berjemaah dengan Rasulullah S. A. W pada suatu hari ia datang pada waktu Asar dan disangkanya ia telah luput berjemaah dengan Rasulullah S. A. W maka ia berdukacita dan bergopoh-gapah masuk ke dalam masjid (ketika itu belum ada larangan bergopoh-gapah untuk bersembahyang) dan mendapati Rasulullah S. A. W bertakbir untuk rukuk maka berkata ia (Saiyidina Abu Bakar): Alhamdulillah dan bertakbir di belakang Rasulullah S. A. W maka turun Jibrail ketika Rasulullah S. A. W di dalam rukuk dan berkata: “يا محمد سمع الله لمن حمده” yang bermakna Allah mendengar dan menerima pujiannya. Maka berkata olehmu “سمع الله لمن حمده” maka Rasulullah S. A. W menyebutnya ketika bangun dari rukuk dan maka dengan itu jadilah ia sunat dari sejak itu dengan keberkatan Saiyidina Abi Bakar As-siddiq R. A.

Rahsia Syaitan Terbongkar?

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Arak Ibu Segala Kejahatan

الخمر أم الخبائث
1.Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan (Riwayat At Tabarani)
Beza antara manusia dengan binatang ialah aqal . Kerana aqal manusia ditaklifkan dengan tanggungjawab pengabdian diri kepada Allah swt . Aqal jua meletakkan manusia waras bertindak dan merencana . Justeru itu , demi meletakkan manusia dalam kewarasan maka Islam mengharamkan arak dan segala perkara yang memabukkan .

4 Perkara Utama

Telah Bersabda Nabi s.a.w :"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.

Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu Amalnya.

Dari Ali r.a yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

HUKUM SOLAT JAMA' DAN QASAR

‏MASALAH : JIKA SESUDAH SOLAT ZOHOR DAN ASAR DALAM WAKTU ZOHOR SECARA JAMA' DAN QASAR, KEMUDIAN TERUS KAN PERJALANAN HINGGA SAMPAI KE RUMAH KITA SEDANGKAN WAKTU ZOHOR BELUM BERAKHIR LAGI..SETELAH ITU MASUK WAKTU ASAR. SOALAN:ADAKAH KITA PERLU MENGULANGI SOLAT ASAR SEMULA??

Hukum memakai cincin suasa

Soalan:Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga. Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Suasana dan Gambaran Dalam Kaabah

video

Doa Penutup Lepas Solat Fardu Dan Doa Tolak Bala




اللَّهُمَّ بِحَقِّ الفَاتِحَةِ وَبِسِرِّ الفَاتِحَةِ وَبِنُوْرِ الفَاتِحَةِ نَسْأَلُكَ أَنْ تَرْزُقَناَ الصِحَّةُ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ . ياَفاَرِجَ الْهَمِّ وَياََكَاشِفَ الْغَمِّ وَياَ مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ وَياَ دَافِعَ الْبَلاَءِ وَالنِّقَمِ . إِدْفَعْ عَناَّ يَا اللهُ يَا اللهُ يَا اللهُ كُلَّ بَلاَءٍِ وَوَباَءٍِ وَهَمٍّ وَغَمٍّ وَضَيْقٍِ وَشِدَّةٍ وَنِقْمَةٍ وَفِتْنَةٍ . اللَّهُمَ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّـيَانَا صَغِيْرًا, وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ عَنِ الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ.

SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, aoakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;

“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;
1. Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya
2. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).
3. Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)
4. Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
5. Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka
6. Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana
7. Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana
8. Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya
9. Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri
10. Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.

Aurat Wanita:: Perbandingan antar 4 Mazhab

MALIKIYY
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

HAMBALIYY
- Ada dua qawl:
1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

SHAFI'IYY
Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:
1. Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

HANAFIYY
Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya

Perbincangan Agama Solat Tarawih

Soalan :

1) Ada sesetengah pendapat bahawa orang yang membuat sembahyang sunat tarawih 8 rakaat bukan dinamakan tarawih,sembahyang sunat terawih yang sebenarnya ialah 20 rakaat ?

2) Kenapa wujudnya empat mazhab iaitu iman maliki,syafie,hanafi dan hambali dan terdapat perbezaan pendapat dalam ilmu fiqh.?

3) Sekiranya mandi hadas besar di dalam sungai sambil menyelam adakah perlu mengosokkan tangan keseluruh anggota badan ?

Jawapan:

Merokok haram - Fatwa yang terus dilupakan




Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan``Amaran Kerajaan Malaysia Merokok MembahayakanKesihatan.'' Bersempena dengan penegasan PerdanaMenteri tentang bahaya merokok ini adalah wajarjuga para perokok diberi peringatan yang sama tentang pandangan Islam terhadap tabiat merokok. Persoalan hukum merokok dalam Islam sering menjadipolemik para ulama antara hukum makruh dan haram.Namun demikian, hukum sunat dan harus terkeluar daripada perbincangan hukum mengenainya. Bagiperokok, mereka sebenarnya mengambil sikapeskapisme dengan mengatakannya sebagai satuperkara yang makruh kerana perbuatan yang makruhhanya dibenci oleh Allah s.w.t., tidak sampai kepada hukum haram atau berdosa di sisi Allahs.w.t.

Sambutan AidilFitri

Pengertian 'Idul Fitri

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Iislam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.
Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Quyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Template by:
Free Blog Templates