Masjid Haji 'Isa, (Masjid al-Rahmaniah) Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak.

No. Pendaftaran Masjid: JAPK/DWH/M/MJG/48 Email : masjidhajiisa@gmail.com dan masjidlekir@yahoo.com Blog : masjidlekir.blogspot.com

Kemudahan



Berikut adalah prasarana di atas tapak masjid :

1.     Dewan Utama solat jamaah yang selesa berkapasiti 400 orang dan kawasan varendah  di bahagian kiri, kanan  dan belakang masjid seramai 200 orang,  lengkap dengan kemudahanpembesar suara luar dan dalam untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.
2.     Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan LCD dan kemudahan berkaitan.
3.     Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan masjid.
4.     berkonsep mesra IT ( Zon Wifi ) selaras dengan saranan kerajaan.
5.     Bilik Imam dan Bilal.
6.     Ruang mengambil wudhu’, tandas dan bilik mandi untuk lelaki dan wanita.
7.     Keperluan OKU seperti tandas , tempat letak kereta dan kerusi roda.
8.     Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam dibahagian belakang dewan solat.
9.     Dataran Astaka untuk kemudahan ceramah perdana.
10.  Dewan serba guna untuk kegunaan kariah seperti tempat sukan, ceramah umum, kenduri perkahwinan dan lain-lain.
11.  Ruang simpanan barang dan stor keperluan pengurusan siak masjid.
12.  Dewan makan dan ruangan memasak di bangunan berasingan dari bangunan utama masjid.
13.  Kawasan letak bas, kereta dan motosikal untuk kemudahan jemaah.
14.  Kawasan letak kenderaan pegawai masjid bertugas dan kereta jenazah masjid.
15.  Bilik pengurusan Jenazah.
16.  Ruang Penyembelihan ibadah korban.
17.  Ruangan sudut akad nikah perkahwinan  dan sudut mainan kanak-kanak.
18.  Ruangan iklan berpusat, galeri Masjid dan ruang rehat.
19.  Gerai jualan Koperasi Masjid.

20.  Taman permainan Kanak-kanak luar masjid dan Pondok Wakaf (tempat rehat musafir).
















































Tiada ulasan: