Masjid Haji 'Isa, (Masjid al-Rahmaniah) Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak.

No. Pendaftaran Masjid: JAPK/DWH/M/MJG/48 Email : masjidhajiisa@gmail.com dan masjidlekir@yahoo.com Blog : masjidlekir.blogspot.com

Isnin, 16 November 2009

Ibadah Qorban ( Zulhijjah )


Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
§ Islam
§ Merdeka (Bukan hamba)
§ Baligh lagi berakal
§ Mampu untuk berqurban

Sunat bagi pengQorban tersebut agar jangan mencukur bulu yang ada pada badannya sehinggalah selesai mencurahkan darah binatang qorban tersebut.

PERLAKSANAAN QURBAN

Khamis, 12 November 2009

Sejarah lafaz “سمع الله لمن حمده” semasa i'tidal

Soalan:
Mengapa lafaz “سمع الله لمن حمده” disebut semasa i'tidal?Jawapan: Setengah daripada sunat hai’ah di dalam sembahyang berlafaz seseorang itu “سمع الله لمن حمده” semasa ia bangun daripada rukuk. Diriwayatkan daripada Abi Hurairah R. A.:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة يكبر حين يقوم ثم يقول سمع الله لمن حمده حين يرفع صلبه من الركعة ثم يقول وهو قائم ربنا ولك الحمد ... حديث متفق عليه”.
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah S. A. W. mengucap “سمع الله لمن حمده” ketika bangun dari rukuk.
Rahsianya yang Rasulullah S. A. W. berbuat demikian padahal terdahulu baginda bertakbir Allahu Akbar ketika hendak rukuk dan bertakbir ketika bangun dari rukuk ialah kerana bahawasanya Saiyidina Abu Bakar As-siddiq R. A. tiada pernah luput berjemaah dengan Rasulullah S. A. W pada suatu hari ia datang pada waktu Asar dan disangkanya ia telah luput berjemaah dengan Rasulullah S. A. W maka ia berdukacita dan bergopoh-gapah masuk ke dalam masjid (ketika itu belum ada larangan bergopoh-gapah untuk bersembahyang) dan mendapati Rasulullah S. A. W bertakbir untuk rukuk maka berkata ia (Saiyidina Abu Bakar): Alhamdulillah dan bertakbir di belakang Rasulullah S. A. W maka turun Jibrail ketika Rasulullah S. A. W di dalam rukuk dan berkata: “يا محمد سمع الله لمن حمده” yang bermakna Allah mendengar dan menerima pujiannya. Maka berkata olehmu “سمع الله لمن حمده” maka Rasulullah S. A. W menyebutnya ketika bangun dari rukuk dan maka dengan itu jadilah ia sunat dari sejak itu dengan keberkatan Saiyidina Abi Bakar As-siddiq R. A.